Monday 24 August 2009

GAMBAR (^_^)


mascot (^_^)


sejarah permainan sepak takraw

assalamualaikum dan salam sejahtera..

tahu kah anda? apa itu permainan sepak takraw?
dari mana asal nya dan bagaimana cara-cara bermain? yang sekian lama wujud,kini dikenali permain tradisional..ok lah..

di sini saya ingin berkongsi pegetahuan megenai permainan sepak takraw

Sepak takraw tidak mempunyai rekod bertulis bagi membuktikan permulaannya. Tambahan pula sepak takraw hanya dimainkan di Asia tenggara. Mengikut buku Sejarah Melayu, ada dicatatkan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan dimainkan pada zaman kesultanan Melaka oleh anak Bendahara Paduka Raja, iaitu Tun Besar. Permainan itu disebut sepak raga. Dengan demikian, bolehlah dikatakan sepak raga berasal dari negara Malaysia. Pada masa itu, sepak raga dimainkan dalam bentuk bulatan di satu kawasan lapang. Ia juga merupakan salah satu permainan yang tertua di dunia. Cara bermainnya ialah dengan menyepak atau menanduk bola secara bergilir-gilir. Selain menyepak, permainan ini juga boleh menggunakan paha, bahu, belakang dan apa sahaja anggota badan kecuali tangan. Setiap sepakan akan dihitung dan matlamat permainan ialah mengekalkan bola di udara. Sepak raga jaring mula diperkenalkan pada tahun 1945. Cara bermainnya diubah suai dan dimainkan oleh enam orang dengan tiga orang sepasukan. Pada peringkat ini, tiada peraturan khusus, hanya undang-undang mulut sahaja digunakan. Peraturan terawal telah diperkenalkan oleh Penduduk Pulau Pinang dengan menubuhkan sebuah badan di peringkat negeri. Antara peraturan yang diperkenalkan ialah sepak raga dimainkan dalam satu gelanggang yang direntang dengan jaring.

(^_^)